Monday, March 2, 2015

Gunung Kinabalu

Dunno where to start.
Such an emotional hike.
Alam menyentuh jiwa.
A very short adhoc trip.
Aku, Wani dan Fakhrul

Kitorang fly Jumaat petang to Kota Kinabalu.
Spend a night dekat satu backpackers motel di KK, depan sikit dari area waterfront. Mount Kinabalu Lodge kalau tak silap nama dia. Cost us RM85 for 3 person. Decent place untuk tido dan bersiap.
Yang penting memang bersih, selimot pon gebu.

Sabtu pagi around 5.30 depart ke Kundasang.
Pojie dengan kawan dia tolong hantarkan ke Kinabalu park.
Sepanjang jalan tu dah menggelupur nampak gunung. Cuaca plak super awesome and clear.

Mentari pagi disebalik Akinabalu
Registration and stuff take about an hour termasuk nak breakfast la hape.

Ready to rock. (Konon. Halfway pewai tudung pon tah kemana tinggal buff je)
Since kitorg naik ikot Mersilau, starting point kitorg dalam 40 minutes from Kinabalu Park.




Start di Mesilau ni dah roughly 1869 mdpl.
8km tu tembak lurus, Endomondo track 11km termasuk time aku lari lari setempat la kot.
As expected. Tangga tangga dan tangga. Haru biru. Aku la yang paling haru. Fakhrul ngan Wani steady je.

#kinabalu101 Janganlah kau ingkar dengan pesan orang orang berpengalaman untuk bersenam dan training sebelum mendaki kinabalu. Memandang enteng. Menonton drama jam 7 saban hari langsung tak membantu.

Aku ni pelan pelan kayuh je. Jalan slow slow. Kadang kadang datang sakit kepala.
Takut takut jugak AMS (Accute mountain sickness).
Petua bawang putih la lada hitam la semua ke laut tak ingat bawak.
Aku tak tau for others, but for me this really works.
Letak bawah lidah rasa lega

Beli kat Watson
Ada naik ada turun perjalanan dia tapi view Subhanallah.
First km dia dah bagi.
Cantik sungguh cantik.

Steps macam ni nokharom banyaknye.
Depan sikit dr KM1. Kinja Kinja la semua dapat view open belanja camni.
Trip bertiga.
Lihat awan disana
Tangga man made. Banyak gila tangga  macam ni.
Setaman sayat sayat.
Segunung.
Bila part hutan aku layan pewai.
Tapi masuk je part pokok kecik kecik comel comel aku sugar rush selalu.
Cantik. Breath taking. Tahap semat dalam hati konpem nak naik lagi. 

My adorable sayat sayat
Ini memang my favorite. Di ketinggian lebih kurang 2690m area Pondok Villosa.
Macam ada setaman sayat sayat.
Perasaan dia cam berbunga bunga dalam hati. Hahaha.
Akak guide tu siap cakap dekat aku, masa jalan hutan senyap je bila nampak pokok pokok bunga berkicau tak berhenti. Hilang penat.

Wani dengan Fakhrul dah kat depan masa ni tapi Wani stucked sebab sejuk sangat.
Tak larat nak jalan so bertembung balik dengan aku yang tengah hyper angau sayat sayat ni.

#kinabalu101 Prepare la extra warm clothes dalam own backpack. Or ready thermal pad ke. Gloves, wind breaker, rain coat wajib bawak sendiri jangan bagi pada porter. Energy bar or chocolate pun wajib bawak sendiri.

Sampai Laban Rata dekat pukul 7pm dah nak gelap.
Dinner and check in dan gerak ke Hostel kami. Gunting Lagadan atas sekali which means another 100m of hikes up the mountain. Esok breakfast nak kena turun sini balik. Awal pagi buta 2.00am tu.
So kitorg beli la megi dan milo supaya esok tak payah turun bawah.

#kinabalu101 for me 2.00am nak pergi breakfast is a waste of energy. Kalau memang dah pakai porter tu selit la maggi ke, tuna ke, roti ke, milo 3 in 1 ke sebagai alas perut pagi before summit attack tu. Senang makan je kat hostel siap siap dan go. Air panas untuk minum ada disediakan. Cawan pon ada cuma mangkuk takde kat Gunting Lagadan tu. Hostel lain tak pasti.

Bagus la kitorang start esok dah jimat 100m.
Hostelnye memang kecik gila muat muat katil tido je. Dia ada bagi extra selimut but no heater.
Dalam tandas pon gigil la buang air, basuh muka, ambil air sembahyang semua.

#kinabalu101 Bawalah sleeping bag. Despite of altitude changes, aku mampu tidor lena dalam sleeping bag. Sebab sleeping bag bukan sekadar macam selimut, it keeps you warm dan rasa bagai dipeluk. Kihkihkih.

1.45am kitorg dah bangun. Gunting Lagan ni nearest point before naik ke checkpoint Sayat sayat.
Lepas makan megi ngan air milo we all pon go la dengan semangat membara.
Dari semalam dah usha puncak.
Inilah detik penentuan.

Wrapped in all clothes that i cloud possibly bring, langkah diatur.

Kepala: Sarung snowcap, mulut hidung tutup dengan buff.
Badan: Inner, thermal wear, wind breaker, waterproof jacket with lining, glove.
Kaki: Thermal wear, tight, seluar, stokin wool uniqlo.
And i tell you what, TAK CUKOP!!

#kinabalu101 I neglect bahagian kaki. Badan still ok. Teramatlah sejuk. Should get thermal wear yang betul2 for minus degree temp. And glove, no harm to bring extra. Yang boleh touch screen satu jari pon jadi la. Beku hoi dok bukak glove kat puncak sana nak tangkap gambar.

Trail dia 750m going up masih ada pokok.
Tapi windy gila and cold crazy.
Naik pelan pelan ada tangga gak.
Berhenti sejenak, ambil nafas, pusing belakang.
Masyaallah. Masa ni aku tak tau nak describe perasaan dia.
Macam ko duduk dekat tengah satu globe and all around you were stars.
Paling indah.
Selalu nampak bintang kat atas je kan. Ni searas pandangan mata pon ada bintang.
Tak ada camera canggih nak capture so aku renung dalam dalam dan semat dalam lubuk hati paling dalam.
Hah amek berapa banyak dalam da.

Lepas 750m tu start la track bertali atas gunung batu si Akinabalu.
Penat mengah saiko sume ade.
Nampak lampu nun jauh diatas sana sedang kita masih dibawah terkial memasak langkah.
Salah percaturan sampai awal la kat bawah.
Masa ni aku semangat ada lagi, kaki dah gigil.
Sejuk tahap moksya.
Angin dia sekali data whooossssh.
Adui naaaaaaaa. Sijjuk ba. Bawak Cloud 9 konon nak boost energy makan coklat manis.
Mampos keras cam nak patah gigi sampai aku givap. Buang gitu je.

Aku sampai Pondok Sayat Sayat tu dalam pukul 4.45am.
Tali yang lepas checkpoint sayat sayat tu lagi psiko.
Sejalur ko nampak cahaya orang orang kat atas tengah mendaki ikot tali.
Aku masa ni dah sakit otak.
Fakhrul suruh jalan pon aku marah dia balik.
One strecth of tali dia tu panjang panjang. Memang tak larat nak buat in one go.
Halfway, kesian kat Fakhrul tunggu aku dan dia pon dah sejuk gila.
Aku suruh dia pergi dulu.
Aku ni pantang nampak celah batu yg ada port lindung angin je, tros aku baring.
Baring layan bintang sambil gigil gigil.
Ramai la macam aku bersepah along the way orang flatkan badan on the stone surface sebab nak elak angin.
Padahal makin sejuk tu.

#kinabalu101 Pakailah thermal pad or whatever that can keep you warm. Sebab once angin sejuk dah makan semangat ko, then u'll be gone, taknak jalan dah. Petua orang kata bawak lada hitam 2,3 bijik then makan untuk panaskan badan.

#kinabalu101 Bawaklah thermos. Kecik pon takpe supaya along the way boleh basahkan tekak. Sebab setiap nafas yang diambil tu mengeringkan tekak. Aku tak dapat imagine kelegaan dapat sirup air panas tu sebab aku tak bawak. Tapi aku pasti it feels great sebab itu je yang aku idamkan sepanjang jalan tu.

Aku almost give up dicelahan batu bilamana mata aku tiba tiba terpandang Puncak Seringgit.
Yang aku idamkan.
Aku tapak sikit sikit. heret jugak kaki.
Sampai je sini tros terdampar.
Tak peduli dah puncak tak puncak aku tak mau gerak dah.
Agaknye sebab memang aku teringin Puncak Singgit je so Allah takdirkan semangat aku mati kat situ.
Padahal 700m je lagi nak sampai Low's Peak, puncak tertinggi di Asia Tenggara.

My one and only Puncak Singgit
Bed of clouds.
Matahari masih dibalik sana, malu malu.
Made it to 3929 mdpl. South Peak nun disana.
Aku pon tunggu la Fakhrul kat situ.
Takde perasaan langsung nak teruskan balance 700m tu.
Photoshoot sikit sana sini.
Nasib phone ada dengan aku.
Tapi duit seringgit Fakhrul bawak naik puncak.
Nak tunggu duit singgit turun pon dah tak tahan sejuk.
Lastnye tak ade la gambar duit singgit bersama puncak singgit. 

My osem posem piccas. Fakhrul pon unknowingly amek dengan bias matahari camtu. Aduh asikkkk.
Panorama
Turun tu baru la nampak tinggi tak tinggi, curam tak curam jalan yang kitorg lalu pagi tadi.
Dan koff koff.
Aku rasa nak declare diri aku sebagai tak gayat dah.
Serius aku pandang jauh kebawah tu dah tak rasa ape ape.
Tersampuk semangak sayat sayat kali.
Atas puncak pon ade sayat sayat.
Pretty.
Si manis sayat sayat di Puncak Kinabalu

Proud me.
Lalu tebing tebing macam ni la masa turun sambil lean sikit towards the mountain.
Around 9.30am sampai balik Gunting Lagadan.
Packed for check out before 10am, kalau tak extra charge RM100 per hour. Gilak.
Lepas breakfast and checkout start descending at 10.30 am lebih kurang.

Laban Rata
Kitorg turun ikot Timpohon.
Sungguh memang tak ade view. Pandang bawah jela.
Nak untung nampak kasut orang depan.
Kalau macam aku ni memang nampak bawah jela.
Slow gile sakit kaki betis lutut sume.




#kinabalu101 Pakailah knee guard bak kata wani. And for me stick is always essential.

Going down ni emotional gila.
Masa turun ke Laban rata dari puncak tadi aku ok lagi tak try to make it to Low's Peak.
Tapi dengan keperitan turun, aku tewas dengan emosi.
Rasa sedih, pilu, sesal separuh nyawa semua ada.
Sebab susahnyeeeeeeeeee lah nak turun naik kinabalu ni.
Suka hati aku je naik setinggi tu tapi tak habiskan.
Sob sob sangat.
Merembes la setitik dua air mata dalam hencot hencot turun tu.
Cam bodo plak bila pikir balik.

Tapi takpe lah dah tertulis rezeki sampai situ.
Insyaallah ada rezeki naik lagi siapa tahu.
Mungkin dengan Al-Zauj.
Insyaallah.

#kinabalu101 carilah seorang suami dan naik Kinabalu bersama suami. Nescaya kamu akan mendapat kehangatan sepanjang jalan dalam deru angin yang menggila di puncak batuan Akinabalu. Hahahahaha.

Wednesday, February 25, 2015

The Hikes That I Took Part I

Memang tak la aku nak write back every single trip that i took in details.
Aku pon dah tak berapa nak ingat.
(Nampak purpose of this blog?) Heh
Anyway tak banyak pon.
Tapi benda dah lepas, ape nak recall pon tak tau.

So all the adventures set place back in September last year, 2014.

Berkelah Waterfall 13 September 2014

My very first camping experience, hiking experince, tido dalam hutan, masak dalam hutan, ape tu fly ape tu ground ape tu mestin. Semua baru tau kat sini.

Berkelah ni kat Maran je pon, dekat sangat dengan jengka tapi x pernah dengar.
Subhanallah the view was spectacular.
I love every single bit of the hike sebab lalu atas batu yang celahnya ada air terjun.
Ossem possummmm.

Camni la sepanjang jalan nak naik ke atas tu.



And the peak. Atas tu ada lagi kot. Tapi ni yang paling common la. Air terjun tingkat 7.

Line up. Group Jangkit.
Sg Pisang Waterfall 28 September 2014

Dekat je kat Gombak.
Tak nama hiking sangat pon.
Nama dia jalan jalan dalam hutan, camping, makan, tiruk.
Berkelah dulu first time tiruk tapi rendah je.
Yang ni tinggi sikit, dah berani sikit.
Tempatnya okay la tapi enough to provide weekend fun for a place yang tak jauh sangat dari KL.

Main masak masak. Kat umah haram nak jengah dapur.

Ada hidden cave bawah air terjun tu. Kecik je muat la 2,3 orang. Tapi air kuat gile.

Line up. Belakang tu je air terjunnye. Kecik toet. Belah kiri port tiruk.

Campsite menyepah.

Air Terjun Sg.Pisang. Sini orang dok buat Abseiling.

And the legendary tunnel. Sume pi Sg Pisang wajib gambo kat sini. Hehe.

Gunung Stong 23 October 2014

My very first gunung. Actual hikes with big bag and stuff.
First day caving dekat gua gua batu kapur di Merapoh dan afternoon baru start hiking up to Camp Baha.
So much for a first timer yang membayangkan berak dalam hutan, Baha Camp ada toilet. Actual toilet okeh.
Hahahahah.

Ada Gua Ikan, lagi gua gua apa lagi ntah ke namanya. Tak ingat dah.

Dari Baha camp ni la terjunnya so called air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Kata orang la, i dunno much.
Air Terjun Jelawang nama dia.

Sunrise from Baha Camp



Second day baru shoot ke Puncak Stong.
Apparently Puncak Stong is only a 'Stone'.
Sebijik Stone di puncak. hehehehehe.

Puncak Stong 1,422 mdpl

Muka bangga first time dapat minum teh atas gunung.



Sunday, February 15, 2015

Broga, burn baby burn.

Kenapa aku beria sangat nak naik Broga?
Sebab Broga terbakar.

Thats it.
Aku taknak selautan kehijauan sebab i've been there dan aku tau in no time kehijauan lalang Broga tu akan kembali.
Tapi to get the black Broga again in future.
Terpaksa la aku pergi bakar Broga.
And i might end up behind the bars for khianat charges.
Khianat pada alam.

Ni lagi satu merepek.
4.00 am. Dengan berbekalkan roti bom, nasi goreng mamak dan teh suam.
Aku menggulung hasrat. Eceh.

Broga yang dulu bukanlah yang sekarang hoi.
Parking bayo dua hengget.
Jamban bayo singgit.

Layan jela untuk keselesaan ummah. Komersil gak pon sekarang.

Broga je pon, tapi aku pewai.
Hahaha. Mane tak. 24 jam dah tak tido.
Naik tak sampai puncak pon.
Halfway kat atas tu. Jumpa port baik punya.
Batu rata just nice buat tempat menyandar.
Mata pon dah tak boleh runding lagi dah.

Bentang carry mat. Renung langit.
Bintang tak banyak tapi bulan cantik.
Malam tu bulan sabit nampak dekat je.
Dengan sayup orang semenyih berkaraoke nye.
Aku lelap.

Tapi yg potongnye perut aku meragam. Bayar singgit tapi lupa nak buang.
Aku tahan jela sampai pagi.
Dlm pukul 6 tu dah bising bising ramai orang naik.
Gigil jugak angin broga ni.
Aku pun sarung sleeping bag sambung tidur.

Junior sleeping bag. Sendat!
Bila cerah bukak mata, tanjat baby.
Bapak ramai orang.
Nasib port aku ni bukan laluan naik.
Tapi ade sesetengah orang turun kat sini.

Layan jela. Bukak bekal pastu sarap.
Melengum sekejap perhati gelagat orang.
Budak budak pum pang pum pang merepek.

Dan bosan tu turun.
Layan air tebu kat bawah pastu cabut balik.
Ngantuk.
Katil dah telepon.

"Hmmmm kuanghajo manekah yang telah membakar bukit inih"

Batu Caves

Aku kalau bab merepek memang bagi la.
Dah lama simpan niat nak naik Batu Caves (read Batukep sebab lepas lepas ni memang nak spell macam ni je).
Saja for fun 'stairing'.
Tambah lagi bila confirm nak pi naik Akinabalu.
Lagi la membara sebab orang cakap tu la intensive training for Kinabalu.

Tak ada apa yang merepek tentang naik Batukep.
Yang merepeknya bila aku adhoc naik.
Training pebende dengan berskirt bagai.
Hahaha.

Jakun jakun jakun.

I would say takde la tinggi benor Batukep ni.
Dan intensive training yang dimaksudkan oleh sekelian alam pastinya bukan satu round naik turun.
Ade aku nampak orang peluh peluh merah muka naik Batukep.
Hmmm ni mesti training ni.
And obviously one round wouldn't make you pant like a horse.

Aku peluh nipis jela.
Jalan jalan dalam tu.
Jeling jeling monyet sikit.
Jahat okeh. Dia curik bunga ade auntie tu bawak nak gi sembahyang.
Geram btoi.

Turun tu nak bajet bajet gambar cam kat London tu la.
Lari dalam lautan merpati.
Sendu!

Mohabbatein
Merpati tak seberapa ekor.
Dan aku haram noob dalam bab bab menyergah burung.
Beria aku sergah nak bajet bagi semua terbang kan kunon.
Sekali sume cam jeling je.

Merpati 1: ek eleh apehal minah ni.
Merpati 2: yawnnnnn
Merpati 3: lari laju laju ( takleh terrbang sebab gemok)
Merpati 4: eh yg no 3 tu apsal bangang sangat larik?? Tu la org suruh diet xmo. Kan dah xleh terbang.

Haha merepek.
Will come back again dengan sport shoes, dan nak naik turun 5 round.
Jyeahh.

Cupid Dash 2015

So this weekend filled with aktiviti yang merepek.

Starts with a run. Aku bukan type type runner tapi layankan aje. 3km of fun run. Apedehal.
As cheesy as it is, namanya Cupid Dash.
Hahahaha. Malu hoi.
Orang lain join cool run, kita join run cinta cinta. Puiiii.

Baju dah la lain dari orang sebab apparently all chinese cutting.
Jenis solid kecik molek.
Aku ambik XL pon sesak mintak nyawa.

Rasmikan baju Petzl.
Sunrise.
Checkpoint semua hanyalah tempat bergambar.
With all those mushy props.
Hahahaha sumpah geli poyo.
Satu checkpoint je yang rational sikit.
Orange stacking (they wrote skacking 😂)
And we come at second place kot.
Can u believe it??
Stacking 5 level of oranges in 3 seconds.
Hahahahaha.
Ocemmmm!

Stack 5 level of oranges. Nampak F1207 orange skacking tu i le teww. Hahaha
Hadiah boleh tahan. Jam ice yang adik aku dok gila sangat dulu. Tapi tak in dah la skrg. Benda free layan je.

Aku lupa nak track berapa lama nak finished the run.
Sebab banyak sangat iklan.
Walaupon poyo, ade gak stop dekat checkpoint bergambar tu.
Buat mengenang hari poyo. Hahaha.

Finishing medal i would say lawo!
Walaupun cheesy tapi its nice.

Cheesy! Hahaha